Membantu insan membantu orang lain
Sesama membantu dalam kehidupan di dunia untuk kehidupan akhirat
MATLAMAT YAYASAN NUSRAH
Matlamat utama Yayasan Nusrah adalah ke arah membantu sebahagian dari masyarakat Islam menjalani kehidupan di dunia secara berkesan di dalam rangka mencapai kejayaan di akhirat. Ini di lakukan untuk meningkatkan keteguhan diri melalui program peningkatan dari aspek aqidah ( kerohanian ), identiti diri (Psikologi dan motivasi diri), dan ekonomi.
Yayasan Nusrah berusaha mencapai matlamat ini melalui program bantuan jangkapendek keperluan hidup, program pendidikan dan latihan yang merangkumi kerohanian, psikologi dan motivasi diri, serta latihan pekerjaan dan perniagaan. Di samping itu juga, yayasan akan membiayai program mandiri ekonomi ( financial self-sufficiency ) dengan membantu memberi latihan dan mendapatkan pekerjaan atau memulakan projek perniagaan inkubasi ( incubation project ).
OBJECTIVE YAYASAN NUSRAH
- Membantu individu meningkatkan tahap kemantapan aqidah, identiti diri serta ekonomi
- Mempertingkatkan kekuatan ekonomi sendiri bagi golongan individu dan institusi yang menyumbang kepada masyarakat
- Menjadi jambatan kepada golongan individu atau institusi yang berminat untuk menyalurkan dana atau tenaga kepada kerja-kerja amal yang bermanafaat
KUMPULAN SASARAN
a) Individu yang memerlukan peningkatan aqidah serta matlamat hidup, juga yanag memerlukan peningkatan kemahiran hidup. Contoh :
- Awal dewasa yang masih tidak mempunyai pekerjaan atau sumber pendapatan.
- Individu lepasan Pusat Serenti atau penjara
- Ketua keluarga berpendapatan rendah
- Ibu tunggal serta
- Dewasa yang masih menganggur
Contoh :
- Awal dewasa lepasan pengajian pondok tradisional, maahad tahfiz
- Graduan Pengajian Islam yang belum mempunyai sumber pendapatan yang mantap
- pendakwah bebas
- Pekerja di institusi pendidikan dan kebajikan Islam.
LEMBAGA PEMEGANG AMANAH
- Tuan Hj Ahmad Ziyad Elias (Orogenic Group of Companies)
- Datuk Feroz bin Moidunny (Feroz & Co)
- Prof. Emeritus Dato Dr Amir Awang (UUM)
- Prof. Dr Mahmood Nazar Mohamed (UUM/AADK)
- Dr Nadiyah Elias (UUM)
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi
Dr Nadiyah Elias h/p : 0195781495 / 0124221900
Rumah Yayasan dan Kedai Amal
No. 41, Desa Tanjung
Jalan Istana, Bandar Darulaman
06000 Jitra, Kedah